Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, July 19, 2011

N0 0ne can l0ve u like i d0



He says.. " I don't love you... "
His eyes.. say " I'm crazy about you.. ♥ .. "

He says.. " I'm happy without you.. "
His eyes say.. " I'm nowhere without you.. ♥ .. "

He says.. he has many to take care of him..
His eyes say.. " But.. no one cares like you do .. ♥ .. "

He asks me to hold some one else's hand..
His eyes say.. " never leave me.. ♥ .. "

He says.. " you're just a good friend.. "
His eyes say.. " I can't see you to be someone else's.. ♥ .. "

He says.. "Go away "
His eyes say.. " stay till my last heartbeat.. ♥ .. "

He says.. "Don't kiss me.. "
His eyes say.. " Don't follow my words.. ♥ .. "

He says.. " wait for now.. "
His eyes say.. " let's fall for each other.. ♥ .. "

He says.. " I'm confused.. "
His eyes say.. " I JUST LOVE YOU..♥♥"


(¯`v´¯) 
`•.¸.•´ 
☻/ 
/▌ ♥ ♥ ♥  ♥ ♥ ♥
/ \ •

Friday, July 15, 2011

Apa khabar jodohku?


Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Tuesday, July 5, 2011

KISAH 2 EKOR BURUNG


seekor burung kelihatan mengalami kecederaan

pasangannya dtg dan cuba untuk menolong namun gagal

burung yg cedera itu semakin lemah...lemah.....dan tidak bernyawa lagi

pasangannya tidak percaya ia telah mati..lalu cuba memanggilnya...sambil berteriak-teriak

burung itu masih tidak begerak...tidak berputus asa,psgnnya itu terus berteriak memanggil psgnnye yg telah pun mati

setelah agak lama..memanggil dan tiada jawapan..tiada pergerakan...burung itu akhirnya berhenti..dan cuba menerima hakikat bahawa pasangan nya itu telah pun pergi meninggalkannya buat selama2 nya....



moral of the story :
- hewan pon tau syg
- hargai org yg masih hidup di samping kita sebelum mereka benar2 pergi meninggalkan kita
- apepun ajal dan maut di tgn tuhan,kite perlula redha..


Wednesday, March 16, 2011

Antara pegang Awek dan Pegang Anjing

Antara pegang Awek dan Pegang Anjing   by Ketenangan Penelitianku on Tuesday, February 15, 2011 at 3:51pm         1. Apa hukum kalau kita pegang orang perempuan bukan muhrim? [padahal awek, tapi malu nak cakap]   2. Saya keluar dengan tunang saya, tapi kami pegang tangan je. Tak buat pon yang teruk-teruk.   Di bawah aku sediakan jawapan dari soalan diatas berdasarkan ilmu aku yang cetek ini.   1. Hukumnya haram. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. Dari Ma'qil bin Yasar Radhiyallahu 'anhu, dia menceritakan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Andaikan ditusukkan ke kepala salah seorang diantara kalian dengan jarum besi, yang demikian itu lebih baik daripada dia harus menyentuh wanita yang tidak diperbolehkan baginya".   Dari ‘Aisyah ia berkata: Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam membai’at para perempuan dengan perkataan. Tidak pernah tangan Rasulullah SAW memegang tangan para perempuan, kecuali tangan perempuan yang telah menjadi miliknya (ertinya perempuan yang telah dinikahinya = isteri Nabi).   2. Hukumnya haram. Bermula dari perkara yang kecil yang kemudiannya boleh menyebabkan terjebak kepada perkara yang lebih teruk seperti zina. Firman Allah S.W.T:   "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."   Surah Isra' ayat 32   Apa jawapan sahabat-sahabat sekalian jika diajukan soalan yang sedemikian? Dibawah ini pula aku sediakan entri yang menarik yang di baca dari blog nuaeman. Jom sama-sama hayati.   Antara Pegang Awek & Pegang Anjing Kebanyakan ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan aku tak nafikan yang mungkin aku sendiri tergolong dikalangan umat-umat yang pelik dan keliru ni. Bukan sahaja keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa disedari.   Kalau tak faham , saya beri contoh pada perbualan dua makhluk ni:   LEMBU: Hai anjing, apa kabar? Macam ada yang tak kena je?   ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.   LEMBU : Eh? Kenapa?   ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.   LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.   ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?   LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.   ANJING: Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”   Amacam? Paham sekarang? Bukanke orang kita ramai macam ni.. (tak terkecuali aku.. ) kalau bab anjing atau lebih-lebih lagi babi@khinzir bukan main najis pada kita tapi perbuatan seharian yang selalu dosanya lebih teruk dari soal sentuh anjing dan babi sikit pun kita tak heran. Tak pelik ke?   Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) antara bukan muhrim adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.   Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Erk!   Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.   Benda ni dah lama dan terus-terusan berlaku. Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya jawapannya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.   Ini sebenarnya bingkisan seorang teman yang telah lama diberikan sebagai peringatan. Rasanya elok juga dikongsikan walau status aku sekarang dah tak beraweks lagi.. tapi masih ada ‘tangan-tangan yang berlawanan jantina semestinya bukan dikalangan muhrim’ dihulurkan untuk berjabat..   Jadi, apa pandangan sahabat-sahabat sekalian tentang permasalahan yang kita anggap remeh-temeh ini? Tepuk dada tanya iman.

Sunday, February 13, 2011

~~ AKU SEORANG WANITA ~~

  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerana itu kuingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan.. Maka ketahuilah....


Kepadamu yang memilihku kelak...
Aku tidak sebijak bunda KHADIJAH, kerananya ku ingin kau tahu. Aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihatilah aku dengan hikmah, kerana bagiku kau lah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu...


Duhai kau yang telah memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang bekerja kerana kesibukan hal pengurusan kerja-kerja rumah, tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Mungkin kerana atas kecuaianku jua...


Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tidak sesabar FATIMAH. Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu... Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...
Janganlah kau membentakku, tapi cukuplah andai kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untukmu...


Padamu yang menjadi imam dalam solatku kelak...
Ketahuilah, aku tidak secerdas AISYAH.. Maka janganlah pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNYA, walau kadang aku begitu bebal, tapi jangan pernah letih mengajarku... Jangan letih mengingatkan untuk terus bersamamu menjulang pahala dalam amalan-amalan sunnah... Bimbing tanganku ke JannahNYA, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...InsyaALLAH...


Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kerepot. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku... Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cinta padamu...


Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, tiap minit,dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu... Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku... Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna... Maafkan aku kerana aku bukan puteri...  Aku hanyalah wanita biasa.....


Semoga ALLAH merestui dan memelihara cinta suci ini di dunia dan di Akhirat dalam keredhaanNYA....

Aamiin~~


Uhibbuki fillah